Login for faster access to the best deals. Click here if you don't have an account.

Jawatan Kosong Terkini di SUK Pulau Pinang April 2018 Full-time Job

6 months ago Kerajaan Penang 576 views
Job Details

Kerja Kosong Terkini di Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SUK Pulau Pinang) April 2018

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di SUK Pulau Pinang April 2018 seperti berikut:-

  • 1. PEMBANTU VETERINAR G19
  • 2. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) JA19

Tarikh Tutup Permohonan:- 29 April 2018

Pulau Pinang pada awalnya dikenali sebagai Pulau Ka Satu. Seorang pelayar yang bernama Ragam menamakan sedemikian kerana inilah satu-satunya pulau besar yang terasing yang ditemui beliau sewaktu berulang-alik berdagang dari Lingga ke Kedah. Nama Pulau Ka Satu terus digunakan sehinggalah kedatangan British pada tahun 1786. Apabila pokok pinang mula ditanam di pulau ini selepas kedatangan British, nama pulau ini ditukar kepada Pulau Pinang.

Sebelum nama Pulau Pinang menjadi popular, penduduk di Seberang Perai lebih mengenali Pulau Pinang dengan nama Tanjong Penaga sempena nama pokok penaga yang tumbuh di sekitar tapak Fort Cornwallis. Dipecayai nama ini atau singkatannya Tanjong masih digunakan dalam geran-geran tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan sehingga tahun 1800. Malah, sehingga kini nama Tanjong begitu serasi dengan penduduk Pulau Pinang dan Seberang Perai apabila merujuk kepada Bandar Georgetown.

MAKLUMAT LANJUT JAWATAN KOSONG

PERMOHONAN ONLINE

Company Description
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu.